Tuesday, June 10, 2014

Lelaki Panas (Hot) I

Lelaki hot!

Penafian: Ini bukan cerita lucah.

Friendster.

Satu laman web yang agak terkenal di kalangan pelajar Malaysia suatu masa dahulu. Digunakan sebagai suatu medium untuk mengeratkan hubungan dengan kawan-kawan sekolah yang mungkin terputus hubungan selepas SPM. Juga, boleh digunakan sebagai medium untuk menjadi stalker, dengan menambah kenalan yang terdiri daripada awek-awek comel dan balak-balak hensem. Cerita ini bukan cerita tentang aku, tetapi cerita tentang sebuah watak realiti yang digarap dengan sebaik mungkin, penuh dengan elemen tokok tambah untuk menampakkannya sebagai sebuah fiksyen. Cukuplah itu sebagai pendahuluan.

Nama lelaki itu ialah J (macam biasalah, sudah pasti bukan nama sebenar!). Kalau aku cakap dia hensem, sudah pasti aku akan dituduh sebagai seorang homoseksual. Aku tak rasa dia hensem mana pun, tetapi rata-rata wanita akan sepakat mengiktirafnya sebagai sedap mata memandang. Dengan rupa paras yang bersih dari jerawat dan jeragat, ditambah pula dengan fizikalnya yang tinggi lampai, dan dilengkapi dengan kebolehan untuk menuturkan kata-kata manis, sudah cukup untuk membuatkan gadis-gadis (dan mungkin juga makcik-makcik) cair kepadanya. Cayaq baq ang!

Bersambung la pulak.

No comments:

2024 oi!

Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan... Selamat Tahun 2024!!! Sebab kita masih lagi dalam tahun 2024. Sekian. Terima kasih.