Tuesday, September 25, 2012

Dear Diary

Tulisan lama...

August 10th, 2007
Dear diary,
I am sorry for not telling you what’s been happening in my life lately. I am terribly sorry, it’s not that I’m busy, it’s just that I’m lazy, so I hope you can forgive me, my dear diary.
To tell you the truth, my life is the same everyday. I wake up, take shower, have breakfast, watch TV, read some books, sleep some more, eat some more… and the cycle continues. If you were a person, you would probably puke due to boredom. I hope you have a lot patience, and a good listener. Because if you were not around, I have nobody to listen to my boring daily activities.
I really want to go for a trip, but I can’t afford that. I wish I could hang out with my buddies, but everybody seems to be busy. It seems that I can’t tell you about something that is out of ordinary, something spectacular. Maybe I should try looking for a new hobbies, so that I can tell you my experience exploring new stuffs. Yeah, maybe I should. I have nothing particular in my mind at this moment, so I better start looking for a new hobby. Maybe I should try doing bungee jump. I heard it makes your adrenaline rushes.
Gotta go now. Need to do some research about bungee jumping. If I’m still alive, I will definitely tell you more about it. This is between us. Bye, my dear diary.

Thursday, September 06, 2012

Artikel lama - Bertemu Pemikir Agung

Tulisan yang pernah diterbitkan di laman sesawang ATUSIX pada tahun 2003. Satu lagi karangan yang mengarut:

Bertemu pemikir agung... 

Tetiba aku teringat masa first sem kat PPP dulu. Waktu itu, aku duduk di sebelah Hisyam. Dia ni memang member aku yang telah banyak memperkenalkan aku kepada ilmu falsafah ni. Boleh dikatakan, kemahiran aku berfalsafah pada hari ini, banyak dipengaruhi oleh Hisyam. Dia ni kalau betul-betul bersungguh, boleh kalah ahli falsasah agung Yunani seperti Socrates dan Aristotle. 

Pernah tak korang terfikir nak meringkaskan perjalanan hidup korang dengan 2 batang pen dan sebatang pembaris? Pelik kan? macam mana kehidupan kita yang susah dan senang ini boleh diterangkan dengan 3 benda tu? Tapi cerita ini pun, aku dah tak berapa ingat sangat. Kalau korang nak tahu lebih lanjut, tanyalah Hisyam - orang yang mampu menjelaskan makna kehidupannya sendiri dengan 2 batang pen dan sebatang pembaris... 

Arakian tersebutlah kisah hikayat di zaman moden ini... Pada ketika itu suasana di dalam kelas agak membosankan...Semua orang sedang membuat kerja masing-masing. Ada yang menerawang jauh ke alam monolog. Masing-masing melayan mimpi-mimpi indah - mana yang tidurlah. Ada yang pergi qada hajat di P108. Aku seperti biasa. Duduk di tempatku sambil memerhatikan orang-orang. Ah! Alangkah bosan hidup ini jika tiada benda yang menarik untuk dilakukan! Kulihat jiran sebelahku, Hisyam sedang sibuk menulis sesuatu di atas kertas. Ah, barangkali dia sedang menulis perkataan-perkatan asing yang tidak pernah kudengar sebelum ini - perkataan-perkataan SAT yang seolah-olah berasal dari planet Zargus, barangkali. Sambil dia menulis dengan tintanya itu, dia mendengar irama-irama moden dari alat pemain MP3nya itu. 'Nomad' kalau tidak salah ingatanku. Apa tah yang nomad itu, aku pun tak tahu. Mungkin kerana corak kehidupan orang yang mereka alat itu seperti kaum Badwi di gurun sana - berpindah-randah dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Begitu asyik sekali dia melayan lagu-lagu itu, yang tidak kufahami butir katanya... 

Hendak dijadikan cerita, aku pun mulalah mengajaknya berbicara. Tiada apa yang menarik untuk dibicarakan, tetapi, didorong oleh kebosanan, aku pun cuba mengganggu ketenteraman jiranku itu. Aku pun mulalah bertanya kepadanya, "Apa tidakkah kau berasa bosan pada ketika ini?". "Bosan? Pergilah study SAT, kujamin kau tidak akan berasa bosan", katanya. "Ahh! Perkataan-perkataan ini terlalu sukar bagiku, aku sudah bosan menghafalnya setiap hari! Sehingga ke hari ini, aku masih belum mampu mengingati 100 perkataan, sedangkan acapkali Encik Namasivayam memberi kita lampiran baru", kataku membalas percubaannya untuk tidak berbicara denganku. 

Kemudian kami pun mulalah berbual-bual. Banyak juga perkara-perkara yang kami sentuh. Dari isu dalam negara hingga ke isu antarabangsa. Kulihat Hisyam ini seorang yang kurang mengikuti perkembangan antarabangsa. Barangkali dia terlalu asyik dengan dunia SAT-nya itu sampai tiada masa untuk mengambil pusing perkara-perkara yang berlaku di sekelilingnya. Dengan tidak semena-mena, Luqman pula menyertai perbincangan kosong itu. Pada ketika itulah, Hisyam mengambil 2 batang pen dan sebatang pembaris. 

"Hidupku seperti pembaris ini pada mulanya. Lurus dan tiada persimpangan. Aku bagaikan berada di suatu perjalanan yang pasti. Akan tetapi sejak aku memasuki MRSM PC, bagai ada satu cabang baru dalam kehidupanku", katanya sambil meletakkan pen tersebut seperti keluar dari pembaris itu. "Pada ketika itu, aku mula keliru, jalan manakah yang patut aku pilih. Sehingga kini aku masih lagi tidak keruan, masih lagi keliru......" Aku dan Luqman hanya mampu mendengar dengar penuh takjub. "...Kemudian aku masuk pula ke sini, PPP ini..." Hisyam menarik nafas dalam secara perlahan-lahan dan melepaskannya kembali. "Kusangkakan, kekeliruan itu akan terungkai di sini, tetapi aku telah tersilap jangkaan. Hidupku bertambah celaru dan tidak keruan selepas aku menjejakkan kakiku ke sini...Setibanya aku di sini, wujud satu 'cabang' baru dalam kehidupanku". Kali ini dia meletakkan satu lagi pen disebelah pembaris itu. Maka kini kelihatan seolah-olah ada dua cabang keluar dari pembaris itu. Satu di kiri dan satu di kanan. "Itulah kisah hidupku", katanya menamatkan perbualan. Aku dan Luqman terkedu seketika. Lidah kami menjadi kelu. Orang yang berada di depan kami ini, memang seorang pemikir agung, setidak-tidaknya, pemikir agung di kalangan kami. Seorang yang bisa menggegarkan alam persuratan Nusantara. "Wah~gilalah....Cukup hebat engkau ini, kami pun tidak mampu merumuskan kehidupan kami dengan menggunakan 2 batang pen dan sebatang pembaris. Kamu benar-benar seorang yang puitis sekali, cukup pandai menyusun kata." Kami ketawa sepuas-puasnya sehingga tidak menghiraukan orang di sekeliling. Gembira kerana menemui seorang pemikir agung Atusix - Nur Hisyam Mohamed, orang yang mampu menerangkan makna kehidupan dengan alat tulis sahaja...

2024 oi!

Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan... Selamat Tahun 2024!!! Sebab kita masih lagi dalam tahun 2024. Sekian. Terima kasih.