Thursday, August 30, 2012

Tentang kemerdekaan

Tulisan di bawah ditulis pada zaman saya muda remaja, kira-kira 5 tahun dahulu. Sedikit emosi, mungkin. Biasalah, orang muda, darah tengah mendidih.

September 8th, 2007

Merdeka! Merdeka! Merdeka! Kedengaran jeritan anak-anak merdeka melaungkan kalimah “Merdeka”. Aku percaya, mereka sama sahaja seperti aku, tidak memahami erti kemerdekaan yang sebenar. Merdeka hanya pada mulut, bukan pada penghayatan. Deruman enjin motosikal Mat Rempit, memeriahkan lagi suasana pada malam itu. Aku? Huh, aku hanya duduk di hadapan skrin monitor aku melayari internet, membaca emelku.

Pakcik-pakcik pejuang kemerdekaan yang masih lagi hidup pada zaman ini hanya mampu menggelengkan kepala melihat gelagat anak-anak pasca merdeka. “Budak-budak zaman ni, kibar bendera, lepas tu merempit keliling kampung. Diorang ni langsung tak faham apa itu merdeka. Pakcik sedih betul tengok diorang ni. Tahu jerit merdeka je. Dah la, malas pakcik nak cakap lagi”, keluh seorang pakcik bekas polis.

Hal yang sama turut diluahkan oleh seorang sahabat aku. “Aku bengang betul la dengan sesetengah pihak ni. Ada ke diorang pergi sponsor Mat Rempit buat konvoi. Membazir betul. Tahulah tahun ni merdeka ke-50, tapi buat sambutan tu berpada-pada la. Membazir duit rakyat betul la”, kata S (bukan nama sebenar). Ada juga sahabat yang berusaha menghayati erti kemerdekaan.

“Kau ada kibar bendera tak dekat rumah?”, tanya sahabatku. Terus terang aku katakan, aku tak ada bendera Malaysia yang besar untuk dikibarkan. Yang ada cuma bendera kecil yang diberi percuma oleh seorang pekerja stesen minyak Petronas. Terima kasih Petronas atas sumbangan bendera itu. Bendera Malaysia sentiasa berkibar dalam sanubariku, tidak perlulah aku menunjukkan yang aku ini seorang yang amat patriotik sekali. Sesiapa hendak mengibarkan bendera, silakan. Tiada halangan. Janganlah kita cuma merdeka dalam minggu kemerdekaan sahaja, tapi hari lain semua hampas…

Tapi kehampasan atau kehampehan itu jelas terserlah walaupun pada hari sambutan kemerdekaan itu. Selesai sahaja perbarisan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka, sampah-sampah bersepah-sepah di sana-sini. Apa ini? Tiada kesedaran sivik langsung! Ini mesti kes, “Tak apa… nanti ada orang tolong bersihkan…” Bodoh tolol punya manusia. Cubalah kalau orang lain membuang sampah di kawasan rumah kita, sudah tentulah kita akan marah. Macam manalah nak jadi negara maju tahun 2020 nanti? Mentaliti macam lembu, ada hati nak jadi rakyat negara maju… Kemajuan bukan diukur dari segi infrastruktur semata-mata, sikap pun kena berubah juga. Kalau benda yang semudah buang sampah ke dalam tong sampah pun tak boleh nak buat, inikan pula nak buat benda-benda yang lebih hebat daripada itu. Tempat pelancaran roket ke angkasa? Perkhidmatan awam yang cekap? Jangan mimpilah…

Aku memang tak faham betullah rakyat Malaysia ni (termasuk aku). Sampaikan buang sampah pun nak buat iklan. “Mak kata… setiap keping sampah adalah tanggungjawab kita sendiri!”, ayat dalam iklan sampah. Cara budak tu cakap ada sedikit membuatkan aku rasa nak lempang budak tu. Tak tau apasal. Lepas tu ada iklan pasal tandas. Kebersihan tandas pun sampai nak buat iklan ke? Pengotor betul la rakyat Malaysia ni! Sengal unta sungguh! Kalau pasal kemudahan awam, tempat awam, memang orang Malaysia ni kadang-kadang patut sangat kalau pelempang sekor-sekor. Tandas awam pun kadang ada orang berak tak flush! Nasib baik dalam iklan tandas tu takde cakap “Kalau lepas berak kita kena flush jamban” (nyanyi ikut rentak lagu jamban). Kalau tempat awam, ada juga yang nak buang sampah ikut suka. Kalau rumah sendiri, pandai pulak nak jaga! Mentaliti mungkin lebih teruk daripada negara dunia ketiga. Mungkin mentaliti lebih teruk daripada lembu. Entah la…

Marilah sama-sama kita mengubah sikap kita. Bukan setakat bangunan lawa, teknologi canggih menjadi ukuran kemajuan suatu bangsa. Pemikiran pun kena berubah. Kalau nak flush jamban pun sampai nak kena bagi tau, alamat tak maju-maju la Malaysia. Selamat menyambut kemerdekaan Malaya ke-50! Sabah dan Sarawak tak cukup 50 lagi, pasal diorang masuk Malaysia tahun 1963. Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Merdekakah kita?
Selamat menyambut hari kemerdekaan ke-55. Janji ditepati, bukan janji dicapati!

Selepas 6 tahun

Selepas 6 tahun, barulah saya teringat yang saya pernah buat blog ini. Kalau tidak kerana ada kawan-kawan yang bertanya tentang arwah sahabat saya, Shauki Azman, memang saya dah lupa terus pasal blog ini.

Alhamdulillah akhirnya dapat recover blog ini.

2024 oi!

Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan... Selamat Tahun 2024!!! Sebab kita masih lagi dalam tahun 2024. Sekian. Terima kasih.