Thursday, December 28, 2023

2023

 Alamak. 2023 pun dah nak habis. Aku lupa nak ucapkan selamat tahun baru.


Selamat tahun baru (belated) 2023!


Bye.

Saturday, April 23, 2022

2022

 Terlupa nak ucapkan selamat tahun baharu 2022. Tapi sekarang ni pun dah nak raya. Selamat berpuasa (dah nak habis dah pun) dan selamat hari raya!

Friday, January 01, 2021

Selamat Tahun Baharu 2021!

 1 Januari 2021.

Lebih kurang 2 jam yang lepas, bumi kita (ikut waktu tempatan Malaysia) telah melengkapkan satu lagi pusingan orbit mengelilingi matahari. Seluruh umat manusia menyambutnya dengan penuh gembira. Bersalam-salaman sesama kita, mohon keampunan. Eh? Itu Hari Raya!

Nampaknya sudah menjadi kebiasaan, aku akan mengemaskini blog ini sekurang-kurangnya sekali setahun. Selalunya, bila masuk tahun baharu.

Selamat menyambut 2021. Semoga kita berjaya mengharungi ujian-ujian hidup yang bakal mendatang.

Bye.

Sunday, April 19, 2020

Musim PKP

Dahsyat penangan COVID-19 ni.

Ramai orang tidak boleh keluar bekerja. Mujurlah aku kerja dalam bidang IT agenda baru negara Malaysia melangkah ke Cyberjaya.

Tapi sampai bila? Kesian kat orang yang bekerja sendiri. Aku yang makan gaji pun eventually akan terkesan juga.

Harap selamat semuanya.

Thursday, January 16, 2020

2020

Selamat tahun baharu 2020!

Nampak gayanya blog ini akan menjadi seperti kad ucapan tahun baharu. Dah berapa tahun dah trend blog ni macam tu.

Huhuhu.

2020, be nice to me.

Friday, August 03, 2018

Thursday, January 12, 2017

Dah 2017 sudah...



Salam sejahtera,

Dah tahun 2017 ni. Takde rasa nak sambung ke cerita pasal lelaki hot?

Hahahaha.

Nanti la. Busy sikit dengan life (eleh cam ko sorang je ada life!).

Insya Allah suatu hari nanti.

Ucapan ni terlewat sikit, tapi aku tapau la tahun 2015, 2016 dengan 2017 sekali.

Selamat tahun baru!

Bye!


Tuesday, June 10, 2014

Lelaki Panas (Hot) I

Lelaki hot!

Penafian: Ini bukan cerita lucah.

Friendster.

Satu laman web yang agak terkenal di kalangan pelajar Malaysia suatu masa dahulu. Digunakan sebagai suatu medium untuk mengeratkan hubungan dengan kawan-kawan sekolah yang mungkin terputus hubungan selepas SPM. Juga, boleh digunakan sebagai medium untuk menjadi stalker, dengan menambah kenalan yang terdiri daripada awek-awek comel dan balak-balak hensem. Cerita ini bukan cerita tentang aku, tetapi cerita tentang sebuah watak realiti yang digarap dengan sebaik mungkin, penuh dengan elemen tokok tambah untuk menampakkannya sebagai sebuah fiksyen. Cukuplah itu sebagai pendahuluan.

Nama lelaki itu ialah J (macam biasalah, sudah pasti bukan nama sebenar!). Kalau aku cakap dia hensem, sudah pasti aku akan dituduh sebagai seorang homoseksual. Aku tak rasa dia hensem mana pun, tetapi rata-rata wanita akan sepakat mengiktirafnya sebagai sedap mata memandang. Dengan rupa paras yang bersih dari jerawat dan jeragat, ditambah pula dengan fizikalnya yang tinggi lampai, dan dilengkapi dengan kebolehan untuk menuturkan kata-kata manis, sudah cukup untuk membuatkan gadis-gadis (dan mungkin juga makcik-makcik) cair kepadanya. Cayaq baq ang!

Bersambung la pulak.

2023

 Alamak. 2023 pun dah nak habis. Aku lupa nak ucapkan selamat tahun baru. Selamat tahun baru (belated) 2023! Bye.