Tuesday, July 18, 2006

Al-Fatihah Buat Saudara Shauki

Innalillah. Al-Fatihah buat saudara Shauki Azman. Kawan masa sekolah menengah dulu. Dah lama tak dengar berita. Tahu-tahu dapat berita mengejutkan.

Edisi Timur : Kapten maut dipatuk ular
Oleh Alias Abd Rani

KUALA TERENGGANU: Misteri kehilangan seorang anggota tentera berpangkat kapten hampir 12 jam terjawab apabila ditemui meninggal dunia akibat dipatuk ular di dahi, pagi kelmarin.

Sebelum itu, Mohd Shauki Azman Mohd Kassim, 23, bersama beberapa anggota tentera lain menjalani latihan di ladang kelapa sawit Espek di Bandar Al-Muktafibillah Shah (AMBS), Dungun, dekat sini.

Difahamkan, mangsa dari Kolej Tentera Diraja (KTD) Ulu Tiram, Johor Bahru menjalani latihan berundur yang dikendalikan kem itu di ladang kelapa sawit berkenaan, petang Ahad lalu.

Mangsa dikatakan berehat di bawah sebatang pokok kelapa sawit selepas menjalani latihan yang bermula kira-kira jam 6 petang dan kehilangannya disedari kira-kira jam 8 malam.

Menurut sumber, gerakan mencari pada hari kejadian gagal menemui Mohd Shauki dan ia disambung semula pada hari ini (semalam).

Selepas hampir 12 jam mencari, keesokannya dia ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh beberapa anggota tentera.

“Mangsa yang berasal dari Kedah sebelum ini menjalani latihan di Ulu Tiram dan dijangka ditukarkan ke Kem 25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), dua bulan lagi.

“Mangsa yang belum berkahwin ditemui dengan dua lubang kecil di dahi, dipercayai dipatuk ular ketika berehat di bawah pokok kelapa sawit,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner, Lim Char Boo, berkata polis dimaklumkan mengenai kejadian itu, pagi semalam.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati mangsa meninggal dunia di ladang itu akibat dipatuk ular.

“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kemaman (HK) untuk dibedah siasat disusuli laporan di Balai Polis Kemaman,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Lim berkata, kejadian itu berlaku ketika mangsa baru selesai menjalani latihan dan berehat di bawah pokok kelapa sawit pada hari kejadian.
source: http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Tuesday/Setempat/20060718080938/Article/indexm_html

4 comments:

Anonymous said...

innalillah...

Anonymous said...

Al-Fatihah

Unknown said...

al-fatihah tuk arwah shauki..aku baru tau, selepas almost 6 tahun..

Rf said...

Eh, aku rasa ramai yang tahu. Aku pun dapat tahu dari somebody.

2026 dah

 Selamat tahun baharu 2026!  Seperti biasa, hantaran (post) tahunan dari aku. Jumpa lagi tahun depan. InsyaAllah.